Hibah tanah, hibah rumah. Apakah Hibah? Jom membaca!
Hibah merupakan salah satu kaedah Perancangan Harta Pusaka, selain daripada Wasiat dan Amanah. Secara amnya, Hibah bermaksud suatu pemberian harta yang sah dan miliknya kepada seseorang tanpa balasan semasa hayat Penghibah.
Harta-harta yang tidak susut nilai dan milik Penghibah sepenuhnya boleh dihibahkan kepada Muslim, bukan Muslim, Isteri, Anak-anak termasuk Anak Angkat. Kaedah ini sememangnya membolehkan seorang Ayah atau Ibu mengatur atau menstrategikan pengagihan harta kepada anak-anak secara sistematik.
Jom kita baca infografik yang disediakan oleh Peguam Syameel Danish di bawah berkenaan 4 Rukun Sah Hibah. Sebelum kita pergi lebih mendalam, kita haruslah menguasai 4 Rukun Sah Hibah terlebih dahulu. Semoga ia bermanfaat bagi kita semua! #Legalbergerak #Hibah
