top of page

Jom Ketahui Lagi Tentang Reman!

Menurut Seksyen 5(1) Perlembagaan Persekutuan; tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan hak kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

Salah satu perkara yang membolehkan hak kebebasan seseorang itu dilucutkan adalah sekiranya seseorang itu telah dipercayai melakukan sesebuah jenayah. Oleh yang demikian, pihak polis mempunyai hak untuk menahan dan menangkap seseorang bagi membuat siasatan terhadap dirinya. Mengikut teras undang-undang, pegawai penyiasat tidak boleh menahan seseorang itu melebihi tempoh 24 jam.


Namun, tempoh lanjutan tahanan atau nama biasa dalam perundangan,"reman" boleh dibuat bagi membolehkan pegawai penyiasat menambah masa tahanan dan meneruskan siasatan.

Jadi, apakah proses dan prosedur reman? Jom baca infografik dibawah yang disediakan oleh Nurul Syafika Paimin.


41 views0 comments
bottom of page