Pernah dengar tak tentang Rayuan Mitigasi? Jom kita baca!
Seksyen 176(2)(r) Kanun Prosedur Jenayah ada menyebut bahawa Mahkamah harus merekod setiap butir-butir kes dan antara butir yang penting adalah rayuan peringanan hukuman Tertuduh. Mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk mendengar dan mengambil kira rayuan peringanan hukuman Tertuduh sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.
Untuk makluman semua, rayuan peringanan hukuman atau rayuan mitigasi ini akan dibuat selepas sabitan bersalah direkodkan oleh Mahkamah. Tertuduh boleh membuat rayuan peringanan secara lisan dan secara terus kepada pihak Hakim Mahkamah. Namun begitu, sekiranya Tertuduh telah melantik peguam, maka, peguam Tertuduh yang akan membuat rayuan peringanan hukuman secara lisan bagi pihak Tertuduh.
Jom baca infografik yang disediakan oleh Peguam Kes Jenayah, Puan Nurul di bawah bagi mengetahui beberapa faktor mitigasi yang sering digunakan bagi memohon pengurangan hukuman di Mahkamah.
